Berita terkini

Letih punca Zii Jia kecundang

PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia gagal menamatkan badi kekalahan di tangan jaguh Indonesia, Jonatan Christie selepas sekali lagi tewas pada pusingan pertama Terbuka Switzerland, hari ini.

Zii Jia tidak mempunyai jawapan apabila tewas 9-21, 17-21 pada perlawanan yang berlangsung selama 29 minit di Basel.

Ia kekalahan ketiga Zii Jia di tangan pemain ranking ke-10 dunia itu.

Kali pertama pada saingan Masters Malaysia tahun lalu disusuli pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok namun dia memberi tentangan sengit dalam dua pertemuan itu apabila mengheret perlawanan hingga ke set penentuan.

Zii Jia akan kembali fokus kepada saingan Terbuka Malaysia dari 2 hingga 7 April depan di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *