Berita terkini

Rasa diri dijadikan ‘bahan’ jenaka, Caprice nak saman Mydin

Nama penyanyi rap sensasi, Caprice tidak perlu diperkenalkan lagi kerana figura ini seringkali prihatin dengan nasib menimpa sesuatu individu atau situasi.

Malah, pemilik nama Ariz Ramli menjadi sorotan netizen kerana tidak pernah ketinggalan turun padang sehingga sanggup bersengkang mata bersama tim miliknya bagi merungkaikan sesuatu isu.

Nama ‘cap’ ‘rice’ dijadikan bahan jenaka Mydin?
Terbaharu, muncul pula isu berbangkit di mana salah sebuah pasaraya tersohor, Mydin memuat naik ciapan dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi berusia 34 tahun dengan mempromosikan barangan.

Menerusi ciapan tersebut, pihak sosial media pasaraya tersebut hanyalah menulis ‘Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice‘.

Caprice minta Mydin mohon maaf dalam tempoh 24 jam
Tidak berdiam diri apabila ‘rasa’ namanya dijadikan bahan jenaka, Caprice meminta pihak Mydin bagi membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain meminta mereka untuk memadam ciapan tersebut.

Kalau tak, Caprice nak saman?
Dalam hantaran berikutnya, Caprice mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut.

Tindakan membuat ciapan di laman Twitter itu jelas membuatkan klien Caprice rasa dihina dan tidak selamat lagi.

“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.
“Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Caprice.

Selain itu, Caprice berharap agar pihak Mydin tampil membuat video permohonna maaf dan ganti rugi atas hantaran berbaur sindiran tersebut.

Sumber: Twitter @MydinMalaysia , Instagram @capricedaddycap, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *