Viral

“I Live With Mummy And My Other Mummy” – Kartun Peppa Pig Perkenal Pasangan Sama Jantina Cetus Perdebatan Netizen

Lambakan rancangan kartun yang ditawarkan bukan sahaja di stesen TV, malah di saluran YouTube dan Netflix telah memberi banyak pilihan buat anak-anak yang menontonnya.

Bukan sahaja rancangan kartun terbitan tempatan, malah dari luar negara juga tersedia banyak pilihan yang mungkin membuatkan para ibu bapa di luar sana perlu lebih berhati-hati dalam memberi akses tontonan kepada si kecil.

Baru-baru ini, rancangan kartun terkenal dari UK, Peppa Pig telah menayangkan satu episod di mana kawan Peppa, Penny Polar Bear mempunyai ibu bapa dari kaum sejenis.

“I live with my mummy and my other mummy. One mummy is a doctor and one mummy cooks spaghetti.”

Berikutan penayangan episod itu, netizen bukan sahaja di seluruh dunia, malah rakyat Malaysia tampil memberi respon mengenai topik yang ditonjolkan dalam rancangan kartun tersebut.

Twitter

 

Ada yang menganggapnya hanyalah sebagai rancangan kartun yang tidak wujud di dunia nyata, namun ada juga yang mengambil isu itu sebagai sesuatu yang ‘berat’ dan tidak sihat untuk perkembangan emosi kanak-kanak.

Sumber: beautifulnara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *