Cerita rakyat

Remaja 14 tahun menangis ketika walikan pernikahan kakak

#TIKTOKRemaja 14 tahun jadi wali, berjurai air mata nikahkan kakak sulung

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai wali di usia 14 tahun, apatah lagi melepaskan kakak tersayang bagi menjalani kehidupan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati.

Itu perasaan dilalui seorang remaja apabila menjadi wali pada sesi pernikahan kakak sulungnya menerusi satu video tular di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Video dikongsi seorang pengguna, @lizabakar72 itu memaparkan remaja tersebut gagal menahan air mata sebaik membaca lafaz ijab kepada abang iparnya.

“Pernikahan kakak diwalikan oleh adiknya yang berumur 14 tahun.. suasana menjadi sayu dan pilu dengan tangisan adiknya,” tulis @lizabakar72 pada ruangan kapsyen.

Ibu kepada dua beradik berkenaan, @Azzaasha turut meluahkan kesyukuran apabila akad nikah puteri sulungnya itu berjalan dengan lancar di sebuah masjid pada Ahad lalu.

“Alhamdullilah selesai pernikahan anakanda sulung, dinikahkan oleh adiknya,” tulis @Azzaasha yang juga memuat naik video sama.

Rakaman berdurasi seminit 23 saat itu memperlihatkan pengantin perempuan dan beberapa individu lain turut mengalirkan air mata sambil berpelukan antara satu sama lain.

Menjengah di ruangan komen, ramai terharu apabila menonton momen sebak itu sehingga disifatkan sangat terkesan dalam hati mereka.

Rata-rata memuji remaja yang dikenali sebagai Irfan itu kerana sudah cukup berani memikul tanggungjawab sebaiknya dengan lancar dan tenang walaupun tiada pengalaman.

Hebat, moga jadi pemimpin!

Kecik2 dah pikul tanggungjawab ayah

Menangis sedih! Tapi bangga tengok…1

“Anak saya tu..” – Ibu

Berani.. mungkin dia rindu ayahnya?

Alhamdulillah, bakal jadi imam untuk keluarga

Sumber: OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *