Dunia Viral

Untung jualan 5 juta, Nubhan reward Mak Jenny naik limosin

Penyanyi, Nubhan sekali lagi membuat kejutan kepada ibunya, Badariah Omar, 77, dengan menyewa kereta Limosin.

Mak Jenny naik kereta Limosin

Menerusi perkongsian video di laman media sosial Instagram miliknya, Nubhan pada mulanya berpura-pura terpaksa menempah Grab selepas kereta yang dinaiki mereka rosak. Tidak lama selepas itu, sebuah kereta limosin berhenti di hadapan pondok hentian bas sehingga membuatkan ibunya terkejut.

Tiba di sebuah resort, Nubhan membuat kejutan kepada ibunya dengan mengumumkan jualan peniagaan sambal milik mereka telah mencecah 5 juta.

Hadiah atas kejayaan berniaga sambal semalam setahun

Memetik laporan Harian Metro, Nubhan berkata dia menempah limosin tersebut untuk beberapa jam sahaja untuk membuat kejutan.

Saya sewa RM6,000 selama beberapa jam saja. Lebih mahal dari naik helikopter tempoh hari. Tapi demi mak tidak mengapa. Disebabkan mak jugalah saya dapat naik limosin dan helikopter. Pendek kata, kita kongsi rezeki

Bercerita lebih lanjut, Nubhan sudah merancang untuk membawa ibunya melancong ke Turki pula.

Selepas ini nak bawa mak ke Turki. Dia nak tengok bunga tulip. Itu adalah permintaan yang belum saya tunaikan. Jadi, kena tunggu musim bunga baru boleh pergi.

Nubhan Buat Kejutan Bawa Mak Naik Helikopter Pusing KL, Hadiah Perniagaan Makin Maju

Penyanyi Nubhan membuat kejutan kepada ibunya, Badariah Omar, 77, membawa menaiki helikopter mengelilingi pusat bandaraya Kuala Lumpur selama satu jam pada April yang lalu.

Mak Jenny naik helikopter pusing KLCC

Menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, kelihatan warga emas berkenaan sedang berada dalam sebuah helikopter berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur. Turut kelihatan isteri Nubhan yang dibawa bersama menaiki helikopter.

Mak Jenny pergi KLCC naik helikopter.

Terbang tengok kawasan.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah reaksi Mak Jenny seperti tidak takut ketika berada di awan biru selain sempat melambai ke arah menara berkembar Petronas sambil tersenyum.

Hadiah awal kejayaan berniaga sambal & rendang

Menurut Nubhan, dia mengakui sebab utama kejutan itu hanyalah ingin membawa ibunya berjalan-jalan. Lebih-lebih lagi selepas ibunya baharu sahaja pulih daripada Covid-19.

Jadi, saya lebih pada nak buat dia gembira. Selepas itu kami pergi buka puasa. Dalam masa sama, nak berikan satu pengalaman yang lain daripada lain. Saya juga bawa isteri bersama, dan dia pun terkejut kena naik helikopter juga.

Mak Jenny kan ada perniagaan makanan ‘ready to eat’, jadi nak buat kejutan juga pada dia yang mana perniagaan baru sembilan bulan tapi jualan sangat bagus. Jadi sebelum kita buat kejutan lain, kita bawa naik helikopter dulu.

Tambahnya lagi, kejutan tersebut adalah hadiah awal buat kejayaan perniagaan makanan ibunya, ‘ready to eat’ seperti sambal dan rendang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Sumber: Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *