Artis

Kucing kesayangan mati, ramai simpati lihat Zara Zya menangis

Pelakon popular, Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin meluahkan rasa sebak apabila kucing pertama kesayangannya, Gabby, telah mati semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @nadia_nanad02 di laman TikToknya, kelihatan Zara sedang menangis menceritakan khabar sedih itu kepada pengikutnya menerusi live di TikTok.

Ujar pelakon yang berusia 37 tahun itu, dia telah membela Gabby semenjak kecil lagi dan selalu menemaninya ketika melakukan kerja seharian di rumah.

“Kucing pertama saya, Gabby, mati hari ini (semalam). Saya beli masa kecil, Gabby selalu teman saya tidur, makan, kadang-kadang Gabby tak nak makan kalau saya tak teman dia, manja sangat.

“Sampaikan dia gastrik tak nak makan sebab tak teman. Saya baru balik penggambaraan, sampai je rumah saya terus tanam Gabby. Sekarang kucing saya ada tiga,” jelasnya.

Tambah pelakon kelahiran Perak itu lagi, dia turut mempersoalkan sikap segelintir individu yang merasakan kehilangan kucing adalah sesuatu perkara lawak walhal kucing juga adalah makhluk yang bernyawa.

Katanya, dia menganggap kucingnya adalah seperti anak-anaknya sendiri dan perlu diberi layanan sewajarnya seperti makhluk bernyawa yang lain.

“Saya tak faham kenapa orang ketawa bila saya menangis sebab kucing, beri ubat, pergi klinik dan sebagainya. Kucing pun makhluk yang bernyawa, saya bela mereka seperti anak saya sendiri.
“Saya tak faham orang yang tak ada perasaan, ketawakan saya bila saya cakap mengenai kucing,” luahnya.

Sabar ya Zara! Semoga terus tabah

Dalam pada itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terutamanya pencinta kucing meluah rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Zara ke atas kehilangan kucing kesayangannya itu.

 

Tak lawak pun weh, pencinta kucing je memahami apa yang Zara rasa!
Malah, netizen memaklumkan kehilangan kucing bukan satu perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan jenaka dan mereka memahami keadaan Zara pada ketika ini.

Sumber: ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *