Uncategorized

“Kena potong kulit dan isi sikit untuk potong rambut atau benang yang terikat” Wanita nasihatkan ibu rajin-rajinlah tengok tangan anak

Kebiasaanya manusia memang tidak pernah lari dengan masalah keguguran rambut, baik lelaki mahupun perempuan. Namun, masalah rambut keguguran ini mungkin perlu diberi perhatian oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, apatah jika sedang mula belajar mengutip apa sahaja yang ditemuinya di atas lantai rumah.

Menerusi satu perkongsian oleh Fatimah Az Zahra di Facebook miliknya, dia telah menceritakan mengenai kisah yang berlaku kepada anaknya sendiri iaitu detik ketika jari anaknya terlilit rambutnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Kisah yang berlaku ini mungkin julung kali didengari, namun wajar untuk setiap ibu bapa mengambil cakna supaya perkara yang terjadi tidak berlaku di kemudian hari lagi.

Menurutnya, anaknya telah dimasukkan ke dalam wad akibat terlilit sehelai rambut dijarinya. Difahamkan, kulit dijarinya serta sedikit isi perlu dipotong untuk menanggalkan belitan rambut yang terikat sangat ketat itu. Rambut yang terikat dijari anaknya itu kelihatan sudah terbenam ke dalam kulit.

May be a closeup

Bagi ibu yang mempunyai masalah keguguran rambut, sentiasalah rajin melihat tangan anak. Lebih-lebih lagi, anak yang sedang berada di dalam fasa mahu memegang semua benda yang dilihatnya. Hal ini bagi mengelakkan kemalangan seperti di atas berlaku dan boleh menyebabkan anak anda mengalami kecederaan yang tidak diingini.

Dia menjelaskan bahawa anaknya itu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesakitan seperti menangis serta tidak mengalami demam sehinggalah dia menyedari sendiri perubahan pada jari anaknya.

Lanjutan daripada itu, anaknya difahamkan telah dibenarkan keluar daripada hospital pada 18 Jun. Doktor yang mengendalikan kes tersebut menjelaskan berkemungkinan akan membuat pemedahan kerana gusar jika masih ada rambut atau benang di dalam kulit tersebut.

Bagaimanapun, tiada pembedahan lanjut yang perlu dilaksanakan dan doktor hanya meminta siibu untuk memantau perkembangan pada jari anaknya.

Fatimah Az Zahra mengatakan, menurut doktor, kalau boleh sewajarnya tidak mahu untuk membuat pemedahan kerana anaknya masih lagi baru berusia empat bulan. Walaubagaimanapun, anaknya itu masih lagi mempunyai temu janji bersama doktor pakar.

Ramai yang bersama-sama mendoakan urusan ibu dan anak ini berjalan dengan lancar

Ada juga ibu yang berkongsi masalah keguguran rambut

Bayi tak perlu jalani pembedahan kerana saluran darah tidak tersumbat, namun masih perlu berjumpa doktor untuk sesi rawatan lanjut.

Sejajar dengan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan anaknya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.