Sembang Retis

“Yang Dibenci Pon Dibela” Kisah Silam Pguam Siti Bainun Dib0ngkar Netizen.

PEMBELA pihak yang dibenci, gila glamor, itu antara kecaman yang dilontarkan warganet terhadap peguambela kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun untuk kes penderaan kanak-kanak Sindrom Down, Bella.

Sejak tularnya gambar 10 peguambela bersama Siti Bainun di hadapan mahkamah dan video-video kenyataan balas sebahagian mereka terhadap kecaman netizen baru-baru ini, kes ini bukan lagi sekadar mengisahkan tentang keadilan buat Bella, tetapi turut membongkar masa silam peguam tertuduh.

Perkara itu turut dikongsi menerusi hantaran pemilik akaun Twitter, @aidi_ezzhar yang mendedahkan bahawa salah seorang peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan sebelum ini pernah menjadi wakil buat individu dan selebriti yang turut dikecam hebat netizen.

hafidzah 2

Katanya, wanita berkenaan sebelum ini pernah mewakili Abu Syafiq Al-Asy’ary, yang bukan sahaja merupakan anti-vaksin, malah sering mendapat kecaman ramai.

Selain aidi_ezzhar, ramai pengguna Twitter lain turut mendedahkan anak guam yang pernah diwakili oleh Nurul Hafidzah.

Pemilik akaun, @twtbiy berkongsi bahawa peguam itu pernah mewakili pelakon Zarina Anjoulie.

Seterusnya, @NoorAfdah pula menulis ringkas yang Nurul Hafidzah juga peguam untuk selebriti Lan Solo dan Syura untuk kes fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana.

hafidzah 3

Sementara itu, selebriti Nabila Huda juga berkongsi bahawa Nurul Hafidzah juga merupakan peguam yang pernah mengaibkan dirinya dan mewakili aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim.

hafidzah 4

Dalam kes berkenaan, Fatimah Zaharah menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah RM900,000 kepada anak penyanyi rock, Amy Search itu kerana mendakwa dirinya menyalahgunakan bantuan mangsa-mangsa banjir.

Tiada profesion jamin syurga atau neraka, tapi iman dan amalan jadi ukuran

ISU penderaan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami Sindrom Down mencetuskan satu polemik dalam kalangan orang ramai.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mendera dan mengabaikan Bella, baru-baru ini ‘menayangkan’ barisan para peguamnya.

Malahan, wujud isu kurang enak membabitkan salah seorang peguamnya di media sosial.

Segelintir warganet mendakwa profesion sebagai peguam merupakan ‘kerjaya membawa ke neraka’ kerana perlu membela penjenayah dan sebagainya.

Menjawab dakwaan terbabit, seorang peguam, Wan Shaifuddin Ab Wahid berkata, tiada profesion yang dijanjikan ke syurga abadi.

“Cuma kita melihat bila ada amalan yang banyak membantu manusia lain.

Maka, haruslah banyak pahala yang diperoleh. Banyak pahala cerah sikit harapan masuk syurga.

“Ustaz, cikgu, doktor, nampak macam golongan pekerjaan ini lebih dekat dengan syurga.

“Syurga ini milik ALLAH. Ia tak dijanjikan mengikut profesion. Ia ditawarkan kepada orang yang beriman dan berjihad di jalan ALLAH dengan diri dan hartanya.

Screenshot 2022-04-18 215355

“Yang sanggup ‘berniaga’ amalan untuk pahala. Sama ada amalan kita diterima ALLAH atau tidak, bukanlah di dalam ilmu kita.

“Kita berharap pada rahmat ALLAH. ALLAH jua yang berkuasa memutuskan segalanya.

“Saya tulis Ini bukan nak defend peguam pun. Peguam masing-masing pandai mempertahankan diri bila perlu.

“Dan saya cukup sedar bahawa kejahilan manusia menghukum orang lain ini adalah lumrah kehidupan..

“Cuma nak cakap kat sini yang syurga dan neraka bukan pada profesion tapi pada iman dan amalan kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sumber : majoriti.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.