Viral

“Sis Cari Duit Raya…” Netizen Tegur Gadis Bertudung Leka “Berjudl Online” Isi Masa Lapang.

SATU video tular di media sosial menunjukkan seorang wanita bertudung yang dikatakan asyik bermain game mirip judi online, mendapat kecaman netizen.

Menerusi video pendek berdurasi 14 saat itu, wanita tersebut yang dirakam dari belakang oleh individu lain leka membelek aplikasi dipercayai permainan online sementara duduk menunggu giliran.

Rakaman itu dikongsi daripada TikTok @shamwan84 sebelum dikongsi semula individu bernama Mohd Haikal di laman Facebook Isu Terkini Apa Hari Ini pada Selasa.

Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan netizen, permainan tersebut dipercayai slot judi online ala-ala mesin slot kasino.

277759343_512014477125664_3769043673349472878_n

Contoh permainan mirip judi online yang boleh dimuat turun di telefon bimbit.

Ada yang mengatakan permainan itu ialah Big Win Casino Slott, Ultra Mega Big Win atau Mega888, namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

“Wah sis sempat lagi kau ya cari duit raya…jangan bergadai golok dah la,” komen seorang pengguna Facebook, Norhisyam Mohamed Rais.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita bertudung leka bermain permainan yang didakwa mirip judi online. — Facebook

Affrizal Aidil Jeefri pula membuat teguran kepada perakam kerana tidak menegur perbuatan wanita tersebut.

“Yang rakam pergi la tegur, sentiasalah berpesan-pesan ke arah kebaikan walaupun sepotong ayat,” katanya.

Dynn Wie pula berpesan agar tidak membuat tuduhan melulu tanpa periksa perkara sebenar.

judi 3

judi 1

judi 2

Antara komen yang ditinggalkan netizen terhadap penyebaran video itu. — Facebook

“Main games slot tu bukannya semua kena bayar… Hanya orang yang tak tau saja kata kena bayar tunai sedangkan aplikasi Play Store ada banyak permainan slot percuma yang hanya untuk suka-suka ja.

“Tak percaya boleh semak kat Play Store….Ingat jangan menuduh kalau tak tau yang sebenarnya… Dapat dosa je kat bulan puasa ni,” katanya.

Dalam agama Islam, aktiviti seperti loteri, tikam, mesin slot dan sebagainya yang melibatkan segala bentuk perjudian sedangkan ia adalah satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di sisi Islam.

Lelaki ‘kantoi’ guna modus operandi bawa anak curi tabung amal 10 masjid

SEORANG lelaki dan anak lelakinya ditahan penduduk kerana didakwa mencuri wang dari tabung amal atau infaq Masjid Muhajirin di Desa Sena, Kecamatan Batang Kuis, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara.

Lelaki yang dikenali sebagai Akhir Muhammad Rajab, 43, menjadi sasaran kemarahan penduduk di Pasar 3 Datuk Kabu, Daerah Percut Sei Tuan, Sumatra Utara, Indonesia apabila dirinya tertangkap mencuri wang derma di beberapa buah masjid.

Lelaki itu ditangkap pada Sabtu selepas solat Asar dan video penangkapan itu tular di media sosial dengan muka suspek berlumuran darah akibat dipukul oleh penduduk kampung.

Manakala anaknya yang baru berusia 9 tahun hanya mampu melihat ayahnya dipukul dengan perasaan takut.

Sebelum ini, perbuatan terkutuk lelaki itu telah beberapa kali dirakam kamera pengawasan namun nasibnya kali ini tidak seberapa baik apabila tertangkap oleh penduduk kampung.

Penduduk kampung berasa curiga dengan tingkah laku suspek pada hari tangkapan itu dan lelaki itu juga sempat disoal oleh mereka sebelum dipukul.

Selepas disiasat polis, ternyata suspek telah berkali-kali mencuri wang dari tabung amal itu sejak 2020.

Modus operandi yang digunakan setiap kali bertindak adalah menggunakan kopiah seakan ingin menunaikan ibadah di masjid dan membawa anaknya.

Terdapat tujuh laporan aduan berkaitan kecurian di masjid sekitar kawasan Medan.

Manakala di kawasan Deliserdang pula terdapat tiga buah masjid yang menjadi lokasi kecurian lelaki itu.

Ini bermakna sebanyak 10 buah masjid yang menjadi lokasi aktiviti lelaki itu mencuri tabung amal.

Pencuri kotak amal dengan modus membawa anak dan berpeci di Deliserdang, Sumut ditangkap.

Ketua Polis Daerah Batang Kuis, AKP Simon Pasaribu, pada Ahad mengesahkan kejadian tersebut.

Barang bukti yang ditemukan hasil tangkapan itu ialah sebuah motosikal jenis Yamaha Mio, 1 pengapit besi sepanjang 30 centermeter dan 1 pemotong besi.

“Penjenayah diserahkan kepada Polis Medan Timur, Polrestabes Medan, kerana terdapat beberapa kes kecurian tabung derma masjid yang dilakukannya.

“Bagi Polis Batang Kuis pula, tindakan penjenayah itu dalam kategori belum terjadi ekoran suspek baru nak menghampiri tabung amal tetapi dan penduduk terus saja membelasahnya,” jelasnya.

Sumber : majoriti.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.