Cerita rakyat

“Please La Jangan Guna Nama Saya.” – Setepek Chef Ammar Bagi Pada Peniaga Bazar Di Kedah Ini.

Perniagaan nasi arab Chef Ammar nampaknya menerima sambutan sangat menggalakkan dari orang ramai di bulan Ramadan kali ini. Mana taknya, ramai yang sanggup beratur berjam-jam meredah hujan panas demi merasai air tangan chef terkenal itu.

Walaubagaimanapun, tular satu video menunjukkan ada individu yang menggunakan ‘brand’ Chef Ammar demi keuntungan perniagaannya.

“Wow nasi Chef Ammar, kat Kedah pon ada…”

Perkongsian @Alice Amoi di Tiktok mendapat kecaman ramai yang menyifatkan ‘marketing’ yang dibuat adalah semata-mata untuk ‘menguntungkan’ perniagaan sendiri dengan menggunakan ‘brand’ Chef Ammar yang kini menjadi kegilaan ramai.

“This is not Chef Ammar food, please lah jangan guna nama saya…”

Walaubagaimanapun, ternyata empunya perniagaan telah ‘datang’ sendiri ke video ini dan memberitahu umum bahawa nasi arab yang dijual bukan miliknya dan berpesan untuk tidak menggunakan namanya sebagai stau strategi ‘marketing’.

Lamb Shank Chef Ammar Jadi Tarikan Utama Bazaar USJ 4 - Salaam

“Alamak kan Chef Ammar dah komen…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tak bersetuju dengan tindakan empunya video yang ‘menumpang’ nama Chef Ammar untuk menaikkan perniagaan ini.

Walaubagaimanapun, mereka menegur empunya video untuk menukar kapsyen dan menjelaskan keadaan sebenar agar tidak berterusan dihentam netizen.

“Chef Ammar versi Shopee.”

“Lain kali jangan tulis caption macamtu…”

“Kalau guna nasi macam Chef Ammar boleh terima lagi, ni terus mention…”

Dimarah Hanya Kerana Utamakan Wanita Mengandung, Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Biadab

Sedia maklum, ketika ini ramai orang mula menyerbu kedai nasi Arab Chef Ammar dan boleh dikatakan ramai sanggup beratur panjang untuk mencuba keenakan makanan dijualnya.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan kedainya didatangi oleh beberapa orang anggota polis dan Chef Ammar dilihat memberikan kenyataan kepada pegawai polis tersebut.

Difahamkan, pihak polis menerima aduan daripada pelanggan kerana bengang wanita mengandung diberi keutamaan untuk membeli makanannya. Menurut Chef Ammar, wanita mengandung perlu diberikan keutamaan kerana keadaan fizikal mereka lebih memerlukan perhatian.

Tambahnya, dia tidak memaksa pelanggan untuk menunggu berjam-jam untuk membeli nasi Arabnya. Dapat dilihat juga, wanita mengandung itu menangis sambil ditenangkan oleh suaminya di belakang kedai Chef Ammar.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan pengadu kerana tidak bertimbang rasa. Malah, para netizen turut memuji tindakan Chef Ammar dan pekerjanya yang memberikan keutamaan kepada wanita mengandung.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan seharusnya bulan puasa mengajar untuk lebih bersabar tetapi sebaliknya berlaku. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan.

SUMBER: Tiktok – Alice Amoi,redaksi, vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.