Hiburan Sembang Retis

“Menantu Kalini Tak Bngsat” Chefwan Ada Tuju Kata2 Pedas Untuk Sapa Tu.

Rasanya semua sedia maklum mengenai kehadiran menantu lelaki baharu dalam keluarga tukang masak terkenal negara, Cef Wan.

Sebelum ini, anak perempuan Cef Wan iaitu Serina telah bernikah di luar pengetahuannya dengan seorang pegawai polis iaitu Meor Mohammad Aidid dan bergelar isteri kedua.

Namun begitu, Serina menafikan statusnya sebagai isteri kedua dan memaklumkan bahawa suaminya itu sudah pun menceraikan isteri pertamanya selain turut menepis dakwaan mereka berdua bernikah di Thailand.

Menerusi sebuah hantaran terkini Cef Wan di Instagram, figura yang terkenal dengan mulut lantangnya itu memaklumkan bahawa dia berasa senang hati dengan suami baru Serina.

Tambah Cef Wan lagi, dia juga telah memberikan sejumlah wang untuk membantu pasangan itu menyiapkan dapur selain membelikan sofa baru untuk ruang tamu.

Puji Cef Wan lagi, Meor juga tidak sombong dan seorang yang peramah.

Menantu kali ini tak bngsat, senang nak di ajak berbicara. Not and arrogant or as orang putih kata a dlck head!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Katanya lagi, dia memang seorang yang pemurah namun bersikap tegas dengan orang yang biadap terhadap dirinya.

“Saya jenis always generous and giving. Tapi tegas dan jangan kurang ajar dan biadap. Nanti saya tahu nak ajar manusia manusia macam tu.” ujarnya lagi.

“Fitnah! Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri” – Isu Saman 1 Juta, Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

“Fitnah! Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri” – Isu Saman 1 Juta, Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

Baru-baru ini, muncul satu isu dimana cef selebriti terkenal, Cef Wan berasa terkilan apabila mendapat surat saman daripada bekas menantunya iaitu Syikin Maembong.

Difahamkan melalui hantaran yang dibuat oleh beliau, surat tuntutan saman itu telah dihantar atas sebab untuk menuntut saman malu berpunca daripada teguran secara terbukanya mengenai perbalahan Syikin dengan bekas suaminya, Nadzri tentang hal anak.

Dalam pada itu, Cef Wan turut tidak menyangka akan diperlakukan seperti itu setelah mendakwa dirinya banyak bantu Syikin ketika wanita itu perlukan bantuan.

Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit saya 100 peratus?

Melihat di laman Instagram Syikin pula, dia kelihatan seperti tenang dengan situasi yang berlaku kerana masih boleh memuat naik foto bersama anaknya tetapi akibat menerima terlalu banyak kecaman dari warganet, dia memberi respon atas dakwaan bekas bapa mentuanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Beliau tampil bersuara kerana ingin membersihkan namanya biarpun dia tidak suka menceritakan hal peribadi dalam media sosial.

Masa kahwin dengan bekas suami 100% duit sendiri, apa yang dia post itu semua fitnah.

Syikin mengatakan dakwaan yang dibuat oleh Cef Wan ada berbaur fitnah kerana dia tidak menggunakan satu sen pun duit bekas bapa mentuanya itu dan gunakan sepenuhnya duit perniagaan bersama bekas suami untuk majlis perkahwinan mereka.

SUMBER : Instagram Cef Wan, beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.