Berita terkini

“Cerdik sangat” Geng e-skuter Bikin Kecoh Bawa Kanak2 Redah Jalanraya.

BELUM reda kes basikal lajak yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, timbul pula isu membabitkan penunggang e-skuter di jalan raya.

Beberapa video tular di media sosial, menunjukkan aksi penunggang e-skuter itu bagaikan menempah maut.

Perkongsian pengguna Facebook, Fareez Aiman itu memaparkan beberapa video para penunggang e-skuter di jalan raya dipercayai berlaku di Cyberjaya, Selangor.

“Risau tengok mereka naik e-skuter ramai-ramai atas jalan raya.

“Kereta, motosikal dekat Cyberjaya ni dahlah laju-laju,” tulisnya.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan ramai pengguna menunggang e-skuter secara bebas dalam keadaan berbahaya di jalan raya tanpa menghiraukan pemandu kenderaan lain.

bahaya naik e-skuter 2

Aksi segelintir penunggang turut dirakam oleh pengguna jalan raya menunjukkan mereka mengunakan lorong kanan yang dikhaskan untuk pemanduan laju dan bagi memotong kenderaan.

Malah, antara mereka juga selamba menunggang e-skuter sambil membawa kanak-kanak.

Apa yang lebih membimbangkan adalah sebahagian penunggang e-skuter ini tidak menggunakan sebarang alat perlindungan atau keselamatan.

Mereka bukan sahaja tidak mematuhi arahan yang dimaklumkan bagi penggunaan e-skuter seperti memakai helmet dan seorang penunggang bagi satu skuter, malah tidak mengikut undang-undang jalan raya.

“Dahlah tak ada protection. Cukuplah kes basikal lajak.

“Jangan jadi kes e-skuter pula selepas ni. Main di tempat yang sepatutnya!” jelasnya pada posting tersebut.

bahaya naik e-skuter 3

Menurut komen itu juga, pengguna e-skuter digesa untuk menunggang kenderaan di tempat yang betul, seperti taman atau kawasan tertutup yang besar.

Sementara itu, salah satu video yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki merakam dua pengguna e-skuter menghalang pengguna kereta dengan menunggangnya di tengah jalan.

Jangan jadi kes e-skuter pula selepas ni. Main di tempat yang sepatutnya!
FAREZ AIMAN

Lelaki berkenaan berang melihat situasi tersebut sebelum membuka tingkap kereta lalu dan menegur kedua-duanya dengan nada yang keras.

“Saudara! Skuter tu semua bukan untuk ditunggang atas jalan raya!” ujar lelaki tersebut.

Untuk rekod, posting Fareez Aiman dikongsi 4,000 kali dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang terhadap aksi pengguna e-skuter yang dirakamkan.

bahaya naik e-skuter 4

“‘Cerdik’ sangat main atas jalan kenapa… teruja baru jumpa ke? Gunalah laluan basikal.

“Agak-agak kalau terlanggar mati yang ni kena penjara enam tahun juga tak? Denda RM6,000 juga tak?

“Tak ada beza macam basikal lajak. Kena langgar penjara enam tahun je. Ngam,” antara komen beberapa netizen.

Kes basikal lajak menjadi perhatian susulan insiden awal pagi yang mengakibatkan lapan kematian remaja, pada 2017.

Pada Rabu minggu lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani wanita, Sam Ke Ting dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak, kira-kira lima tahun lalu.

Ke Ting bagaimanapun dibenarkan menangguh pelaksanaan hukuman itu selepas diputuskan Mahkamah Rayuan pada Isnin.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.