Berita terkini Cerita rakyat

“Eh Ramai Org Sokong Saya, Kenapa Saya Nak Kena Fikir Apa Yg Orang Cakap” – Siti Balnun.

Baru-baru ini tular semula sedutan video siaran program Wanita Hari Ini (WHI) siaran 30 Julai 2020 yang dimuat naik pengguna TikTok.

Video itu menjadi perhatian ramai apabila pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meninggalkan komen meluahkan rasa sedih dan sesal apabila mengenang kembali momen temubual tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Uyaina bahawa dia hanya melakukan tugas sahaja dan tidak tahu apa yang akan terjadi.

Dalam video tersebut, Uyaina menemubual pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja.

Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan syaitan itu nyata.

“Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun?

“Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?” katanya.

Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya. Ujarnya lagi, anak-anak jagaannya ketika itu adalah kekuatan buat dirinya

“Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat.

“Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang OKU, setiap kali bangun pagi, senyum.

“Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh,” katanya.

Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera.

“Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas,” katanya.

“Macam Mana Tidak Bekerja Tetap Ada Duit Bayar Peguam Mahal Dekat 10 Orang?”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Malah, apa sahaja fakta yang keluar daripada mulut saksi yang juga bekas penghuni Rumah Bonda sememangnya mengejutkan ramai.

Penyanyi Fynn Jamal hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu lalu.

Memberikan pandangan mengenai kes tersebut, ianya perbicaraan kes tersebut sangat pelik jika dibandingkan dengan kes lain yang jauh lebih teruk.
Penyanyi Fynn Jamal hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal)


Memberikan pandangan mengenai kes tersebut, ianya perbicaraan kes tersebut sangat pelik jika dibandingkan dengan kes lain yang jauh lebih teruk.

Menerusi satu entri, Fynn turut meluahkan rasa pelik apabila tertuduh, Siti Bainun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi boleh membayar khidmat peguam hampir 10 orang.

Kata Fynn lagi, agak mustajil jika tertuduh bergantung pada duit sumbangan untuk membayar peguam mereka melakukan pembelaan secara pronona iaitu percuma.

Lebih menjadi perhatian, Fynn turut memberi pandangan pembelaan untuk Bella amat mustahil di dunia ini.

Perkongsian Fynn itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berkata mereka juga tidak sanggup untuk mendengar jika berada di mahkamah serta berharap semoga ada pembelaan sewarnya untuk Bella.

Sumber : Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *