Berita terkini

Hwang Jung Eum Akhirnya Dedah Wajah Anak, Cute!

Pelakon Korea, Hwang Jung Eum akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya buat kali pertama.
Jung Eum berkongsi foto tersebut menerusi ruangan Insta Story miliknya dengan coretan ringkas, “Happiness is booming,”

Foto itu juga merakamkan Jung Eum sedang berehat sambil memangku anaknya dan tersenyum manis.

Kini Jung Eum sedang menjalani proses berpantang dengan baik.Terdahulu, Jung Eum telah berkahwin dengqn bekas pemain golf profesional dan juga usahawan, Lee Young Don pada Februari 2016.

Pasangan ini kemudiannya menimang cahaya mata pertama pada bulan Ogos tahun yang sama.

Bagaimanapun pasangan ini kemudiannya telah memfailkan pencenraian pada September 2020.

Namun pada Julai 2021, Jung Eum dan suaminya mengambil keputusan untuk kembali bersama.

Antara drama romantik komedi popular yang dibintangi Jung Eum adalah She Was Pretty (2015), Kill Me Heal Me (2015), Lucky Romance (2016), To All The Guys Who Loved Me (2020) dan Mystic Pop-up Bar (2020).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *