Dunia Viral

Pemenang MiF RTW 2021/22 Ini Berazam Buka Hub Budaya Seumpama Chatuchak Di Malaysia

Seperti isi dan kuku, seni dan fesyen juga merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Saling bersimbiosis, kedua-dua elemen ini dilihat saling bergantung dan melengkapi antara satu dengan lain.

Melihat akan kebergantungan tersebut, pemenang Best Collection Entrepreneur Fashion Design menerusi acara Mara In Fashion (MiF) RTW 2021/22, Syahir Hamdan (Neonate Clothing) yang berlangsung baru-baru ini berazam untuk membuka sebuah hab budaya seumpama pasar besar Chatuchak yang popular di Bangkok, Thailand.

Syahir yang juga pengarah urusan Neonate Clothing berkata, hab tersebut dapat memberi peluang kepada karyawan seni dan juga fesyen untuk mempersembahkan hasil karya mereka secara terus kepada masyarakat.

“Seperti kita sedia maklum, Malaysia kaya dengan hasil seni. Baik dari segi fesyen dan muzik, semua bidang ini mempunyai peminat yang tersendiri.

“Sudah menjadi impian saya sedari dulu untuk membangunkan sebuah hab budaya yang mampu menampung aktiviti seni seperti persembahan, penjualan fesyen, makanan dan juga rumah produksi bagi menaikkan lagi karya-karya dari negara kita,” katanya kepada Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *