Dunia Viral

Gadis berkebolehan tulis terbalik tarik perhatian- “Dah boleh masuk American Got Talent”

Sesetengah individu memiliki kebolehan dan kelebihan tersendiri. Tidak kira dalam apa jua keistimewaan dan bakat jika dicungkil mungkin boleh menjadi sumber pendapatan.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang gadis berkebolehan menulis terbalik telah mencuri tumpuan ramai. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan seorang gadis bertudung sedang mengisi borang. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gadis itu mengisi borang dalam keadaan terbalik.

Biarpun borang itu diletakkan terbalik, tapi dia boleh mengisinya dengan baik sekali dan juga ditulis dengan pantas. Perkongsian rakaman gadis berkebolehan menulis terbalik tersebut yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zila_adnan

Apa-apa pun perkongsian rakaman gadis berkebolehan menulis terbalik ini telah meraih lebih 1 juta tontonan dan 149 ribu likes. Rata-rata warganet turut mengagumi kebolehan gadis ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen.

“Tulisan dia terbalik pun lawa sampai aku macam cakar ayam”

“Aku kalau tulis terbalik sekali dengan otak aku sekali”

“Aku ada satu kawan camni, dia kata dia tulis terbalik untuk kurangkan ngantok”

“Saya jenis tulis kat kertas senget baru tulisan cantik..tapi ni terbalik terus”

“Majoriti orang kidal akan tulis terbalik macam ni” ujar rata-rata pengikutnya.

Wow, memang jarang-jarang sekali boleh nampak kebolehan sebegini! Bukan biasa-biasa nampaknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *