Hiburan

“Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita..”- Mawar Rashid terharu terima kejutan anniversary..

Sempena ulang tahun perkahwinan yang keempat, pasangan Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob kelihatan menyambutnya dengan penuh romantis.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri, bersyukur dapat memiliki rumah baharu hasil titik peluh dalam industri hiburan mahupun perniagaan selama ini.

“Terima kasih buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat kejutan macam ni. Sangat bermakna. Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi gembira dapat beli rumah ni sebab hasil titik peluh kita berdua.

“Kita je faham betapa berusaha kerasnya kita, kerja siang malam, jatuh dan bangun, nak bahagikan masa lagi dan perkara lain lagi. Tapi syukur alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kita,” tulisnya.

Mawar Rashid memuat naik video itu di laman media sosialnya yang memaparkan suaminya memimpin dia ke rumah tersebut.

Tambahnya lagi, momen itu mengingatkan kembali kepada momen ketika dia dilamar oleh Raf empat tahun dahulu.

“Anje sangat menghargai kesungguhan abang. Terima kasih buat Anje gembira. Kenangan yang Anje takkan lupa. Abang ni romantik betul dari dulu sampai sekarang tak berubah. Dulu tu masa dilamar memang la ‘sweet’ tapi Anje macam takde perasaan sangat, macam blur2 sebab baru kenal abang beberapa bulan kan.

“Tapi kejutan kali ni perasaan Anje tak macam dulu, sekarang ni dia macam perasaan lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang.. kita pun dah melalui pelbagai macam-macam bersama,” luahnya.

Dalam pada itu, Raf juga mengatakan momen dia melamar Mawar itu masih segar dalam ingatannya walaupun sudah empat tahun berlalu.

“4 tahun dah kita jalani hidup sebagai suami isteri. Rasa macam baru smalam je Abg propose to you. Anje sayang, you’re just the best for me. You compliments me in many ways. Abg sentiasa syukur to have you in my life. Alhamdulillah.

“7/6/2017 I proposed to you at our home that we suppose to live in forever. Tapi takde rejeki, rumah tu kita dah jual sebelum kita sempat duduk lagi.

“But on our anniversary 9/11/2021, I “recreated” the same scene but in our new house instead 😍 Alhamdulillah berkat kita dua kerja keras siang dan malam for years, berkat doa our moms, family and friends, we managed to get a new house for us and our wonderful 4 Radens to live in together happily till end of time. Insyaa’ALLAH,” ujar Raf di ruangan kapsyen.

Untuk info, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 3, dan Raden Seri Rossabella Cinta yang kini berusia 10 bulan.

Mawar juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu suaminya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *