Hiburan

Ramai puji Fasha Sandha- “Anak Nora Danish, Rayqal turut serta majlis ulangtahun Jemyma”

Pelakon wanita, Fasha Sandha mengadakan sambutan majlis hari lahir buat anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang kini sudah berusia 7 tahun.

Berkongsi momen-momen terindah itu di laman Instagramnya untuk tatapan umum. Namun, apa yang menarik perhatian adalah anak lelaki kepada Nora Danish iaitu Putra Rayqal ramli Rizal Ashram juga turut kelihatan di majlis tersebut.

Di samping menitipkan ucapan, Fasha turut rasa syukur kerana berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran anak keduanya itu dalam sebuah majlis yang diadakan serba ringkas bersama keluarga.

“My seven 7.11 baby, Cinta hati ibu, my BFF Rasa macam cepat sangat sayang ibu besar
I love you sweetheart, Semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah ya sayang.

“Kita buat majlis sederhana ya sayang, asalkan sayang ibu happy. Terima kasih family dan teman rapat Jemyma untuk doa, hadiah dan ucapan.

“Happy birthday sayang ibu I love you babygirl @putrirayshajemyma #jemymaturns7 Esok ibu sambung letak gambar n video k @putrirayshajemyma,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan pujian apabila melihat hubungan baik yang terjalin di antara kanak-kanak itu.

“Reyqal bagus betul didikan parents dia.syg adik adik dia,” tulis seorang peminat.

“Bagus laa reyqal pun join birthday adik,” puji lagi seorang peminat

“Suka tgk anak2 semua bersatu atas 1 silaturahim..,” titip lagi seorang wargamaya.

Imbas kembali, Nora sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Namun, perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama 2 tahun selepas mereka telah disahkan bercerai pada bulan Julai 2008.

Manakala, Fasha juga pernah mendirikan rumah tangga Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 7.

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: MH, Instagram Fasha Sandha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *