Hiburan

“Ramai mendoakan Kak KM..”- Sempat beli kereta mewah untuk…

Usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM meluahkan rasa bersyukur apabila sempat membeli sebuah kereta mewah bertujuan untuk pergi ke hospital bersalin.

Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM memuat naik sebuah video sedang meninjau kereta mewah berjenama Mercedes di sebuah ruang pertunjukan untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, untuk pi beranak. Nak pegi sambut kehadiran #therealkm,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 50 saat itu, Kak KM merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu dan dia sekeluarga sangat tertarik untuk memiliki kereta mewah warna merah tersebut.

Turut hadir sama meninjau kereta mewah tersebut adalah suami, anak perempuan serta kakaknya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji kereta mewah pilihan Kak KM yang cantik dengan warna menyala tersebut adalah rezeki untuk bayi yang dikandungnya.

“Alhamdulillah tahniah kak km”

“Semoga dipermudahkan urusan bersalin kak km nanti..amiinn”

“Congratss lawa seri ibu mengandung”

“Semoga sentiasa dlm lindungan Allah dipermudahkan segala urusan n yg oenting kak km selamat melahirkan. Kmi disini mndoakan yg baik utk kak km”

“Alhamdulillah tahniah lady boss” ujar rata-rata peminatnya.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan kelahiran anak keempatnya itu dipermudahkan.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 26,800 tontonan daripada wargamaya.

Terdahulu, Kak KM mengumumkan dia dah suami bakal menyambut kehadiran seorang lagi bayi perempuan.

Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia, penampilannya yang seksi sering menjadi bualan hangat orang ramai apatah lagi usahawan tersebut kini sedang sarat berbadan dua.

Untuk rekod, ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *