Hiburan

“Buat masa ini, saya lebih selesa hidup sendiri”- Nazim tidak menolak jodoh jika…

Sudah tiga tahun bergelar duda, pelakon lelaki kacak Nazim Othman berkata dia tidak tertekan selepas melihat rakannya, Fizo Omar kembali mendirikan rumah tangga.

Menurut Nazim, atau pemilik nama Nushrul Alif bin Othman, dia selesa dengan status duda yang digalasnya meskipun ramai menyangka dia sunyi dan menemui ketenangan apabila hidup bersendiri.

“Sejujurnya, saya menemui ketenangan apabila hidup bersendiri. Mungkin itu pendapat orang luar, saya sangat terbuka menerima apa juga pandangan dilontarkan,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menolak andai jodoh sudah sampai suatu hari nanti.

 

“Saya tidak kata tidak mahu kahwin. Cuma, buat masa ini, saya lebih selesa hidup sendiri. Pintu hati memang tertutup, tetapi tidak dikunci.

“Manalah tahu ada insan yang berjaya mengetuk pintu hati dan jika sesuai, mungkin boleh dipertimbangkan untuk kembali ke alam rumah tangga,” ungkap Nazim optimis.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, bagaimanapun pasangan itu bercerai dua tahun kemudian.

Pernah menyuarakan keinginan mencari jodoh, tahun lalu, namun, masa terbuka hati, tidak berjumpa jodoh diharapkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *