Dunia Viral

Anak tak sangka ibunya mengucup hadiah- “Wanita berusia 85 tahun sebak disebabkan…”

Sambutan hari ulang tahun antara hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Selain daripada ucapan dari yang tersayang tak lupa juga kejutan hadiah sebagai pelengkap kegembiraan.

Namun, semasa kemeriahan menyambut ulang tahun, wajah ceria seorang ibu bertukar menjadi sayu sebaik sahaja membuka bungkusan yang mengandungi bingkai gambar.

Menerusi satu video, kelihatan wanita itu sebak ketika mengucup gambar yang mengandungi kesemuafoto wajah ahli keluarganya.

Faridah Asmuni, salah seorang anaknya menjelaskan bahawa ia merupakan rakaman sempena hari ulang tahun ibunya, Hansah Suri ke-85 pada Oktober lalu.

Mesra disapa Fida, dia sendiri tidak menyangka seorang kakaknya akan membuat kejutan hadiah dalam majlis yang turut dihadiri adik-beradik, sebahagian cucu dan cicit.

“Saya sendiri tak tahu kakak buat kejutan. Kakak bingkaikan gabbungan gambar semua ahli keluarga adik-beradik termasuk gambar arwah bapa di bahagian tengah.

“Sebab itulah mak yang gembira selepas potong kek dan buka hadiah-hadiah lain, tiba-tiba sedih. mak terkenangkan arwah bapa,” katanya kepada sebuah portal.

Bergelar ibu tunggal selama 16 tahun selepas pemergian bapanya akibat sakit dada pada 2005.

“Bila tengok gambar arwah bapa, mak teringat orang yang paling dai sayang. Sebelum ni mak pernah cakap, bapa meninggal dunia secara tiba-tiba.

“Sebab arwah sakit dada pun secara tiba-tiba. Mak paling teringat arwah selalu beritahu sayang kat mak sebelum meninggal,” ujarnya yang berasal dari Batu pahat, Johor.

Mempunyai ahli keluarga yang besar memang menyeronokkan apabila tiba waktu berkumpul beramai-ramai seperti musim perayaan. Menurut anak bongsu daripada 13 beradik itu, ibunya mempunyai 12 menantu, 45 cucu dan 22 cicit. Masih bertenaga jika dibandingkan dengan warga emas seusia dengannya.

“Alhamdulillah, mak sihat. Umurnya 86 tahun, mak masih boleh buat aktiviti kampung dan berjalan ke kebun dekat rumah, dan menyapu di halaman serta tengok ternakan ayam.

“Mak kahwin muda pada usia 15 tahun. Dulu zaman mudanya selalu mengamalkan jamu, dan sekarang minum kopi O. Air kopi O mak buat memang sedap, kaw kaw!” tambahnya.

Fida yang merupakan perancang hayat AIA berkata, keperibadian ibunya yang begitu ramah itu membuatkan dirinya amat disenangi ramai.

“Alhamdulillah, cucu cicit pun seronok dengan mak..mak seorang yang selalu senyum. jadi kejutan yang buat mak tiba-tiba berubah jadi sayu buat kami adik-beradik sebak.

“Kami tahu mak amat merindui arwah bapa dan ingatannya terhadap prang tersayang cukup kuat walaupun di usianya 85 tahun,” katanya.

Ibunya yang dikenali sebagai Mak Besah atau Wak di Kampung Batu Puteh di Batu pahat merupakan seorang yang begiru periang dan peramah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *