Hiburan

“Sebalik senyuman tersimpan 1001 rasa..”- Shuib terlalu rindu

Sudah beberapa bulan pemergian Allahyarham Siti Sarah, Shuib masih berusaha untuk menjadi kuat demi anak-anaknya dan juga dia mengatakan emosinya belum cukup stabil jika terkenangkan arwah isterinya itu.

Arwah Siti Sarah merupakan seorang yang begitu istimewa dalam hati Shuib dan juga merupakan insan yang terpenting dalam kehidupannya selama ini.

Katanya lagi, berat di dada menanggung perasaan rindu kepada seseorang yang telah tiada dan segala memori yang terlintas kadang bkala membuatkan hatinya sesak kerana rasa syahdu. Tersimpan segala rasa di dada walaupun di luar nampak gembira dan ketawa.

Baru-baru ini tular video Shuib memegang selendang milik Siti Sarah ketika sedang bercuti dan ianya mengundang rasa sebak dan sayu dalam kalangan neztizen.

Dikatakan, itulah percutian pertamanya tanpa kehadiran arwah isteri di sisi dan ketika percutian tersebut juga, anak-anaknya kelihatan seperti rindukan arwah terutama satu-satunya anak perempuan mereka yang mesra disapa Dekta.

Sudah reda dengan pemergian isterinya, namun rasa rindu terhadap Siti Sarah hanya Allah sahaja yang tahu. Ramai mendoakan Shuib terus kuat menjalani kehidupan sekeluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Instagram Shuib, Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *