Hiburan

“Nama dipetik menjadi punca pasangan suami isteri bercerai,”- Ini respon Aaron Aziz…

Nama pelakon Aaron Aziz dipetik menjadi salah satu punca penceraian pasangan islam. Pelakon lelaki itu turut meluahkan rasa sedih di laman media sosialnya apabila membaca laporan akhbar tersebut.

Menerusi satu keratan akhbar bertajuk ‘PUBG, Tupperware, Aaron Aziz alasan cerai.’ Salah satu daripada punca cerai adalah kerana terlalu meminati pelakon Aaron Aziz.

Selain itu, isteri suka menghabiskan masa melayan permainan dalam talian PUBG, terlalu minat pelakon Aaaron Aziz dan rumah bersepah dengan produk bekas makanan antara punca remeh penceraian pasangan Islam di negara ini.

Tidak dinafikan sejak pandemik Covid-19 melanda negara, penurunan jenayah sosial berkurangan tetapi tidak untuk masalah rumah tangga. Kian meningkat statistik penceraian di negara Malaysia amatlah merisaukan. Selain daripada itu akibat masalah kewangan turut menjadi sebab sesebuah hubungan itu musnah.

Pelakon sado kelahiran Singapura ini meluahkan rasa sedih apabila namanya menjadi antara punca kes penceraian.

“Ya Allah. Saya baca ni saya rasa sedih. Abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia.”

Dalam pada itu, Aaron Aziz berharap pasangan berkenaan rujuk semula demi kebahagian anak-anak serta amanah yang diberikan oleh Allah SWT.

“Abang harap dapat lah rujuk demi anak-anak dan amanah.”

Rata-rata netizen meluahkan rasa kekeliruan terhadap tajuk akhbar itu dan ada juga menzahirkan rasa tidak percaya nama aktor itu menjadi punca penceraian di Malaysia.

Menurut laporan sebuah akhbar, rekod tersebut diperoleh daripada Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *