Hiburan

“Budak tu nk pegang tgn je…” – Zara Zya melayan telatah seorang budak, sekali ad yg komen budak tu sebenarnya..

Pelakon wanita popular, Zara Zya mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi videonya bersama seorang budak sedang bergurau bermain tampar tangan bersama-sama.

Menerusi laman sosial Instagram, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Binti Mohd Zainuddin, memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Jom lah lawan kalau berani”,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara budak lelaki itu menggosok tangan Zara ketika sedang seronok bermain permainan tersebut.

Namun begitu, kata salah seorang daripada pengikutnya, budak lelaki itu adalah anak saudaranya. Rata-rata memuji Zara Zya yang kelihatan mesra bersama budak dan merendah diri melayan kerenah mereka.

Selain daripada itu, baru-baru ini tular mengenai gosip Zara sedang menjalin hubungan intim dengan Alha Alfa iaitu usahawan kosmetik gara-gara foto yang dikongsikan aktres itu di Instagramnya.

Namun, Zara mengatakan mereka hanyalah sekadar berkawan baik yang sudah dikenali hampir lapan tahun. Tidak menolak jodoh dan menafikan dia terlalu memilih pasangan. Dia sebaliknya mengharapkan jejaka yang memiliki kerjaya baik dan boleh membimbingnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Instagram Zarazya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *