Sembang Retis

“Gelak pun merdu MasyaAllah..” – Siti Nurhaliza Teka Lagu Siti Nurhaliza buat ramai cakap ‘wajib’ tengok.

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza, pasti ramai yang mengenali nya. Bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan di Indonesia, Singapura, Brunei, nama Siti Nurhaliza menjadi ikon dalam industri seni.

Popular dengan pelbagai lagu lagu, ‘Purnama Merindu’, ‘Wajah Kekasih’, ‘Jerat Percintaan’ & banyak lagi, Siti Nurhaliza dikenali dengan suara yang unik, merdu dan buat ramai mudah jatuh cinta dengan pembawakan lagu lagu nya.

“Bila Aafiyah dah pandai nyanyi dan cipta lirik sendiri. Ibu tak leh cari makan macam nih! Begitulah ayat yang pernah diungkapkan Siti Nurhaliza apabila berkongsi satu klip durasi pendek mengenai anak sulongnya, Aafiyah yang kini meningkat dewasa. Di kesempatan ini, min mendoakan Siti Nurhaliza dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat.

Satu klip durasi pndek yang dikongsi sendiri oleh Siti Nurhaliza dalam Saluran Youtube nya, dengan kapsyen:

Siti Nurhaliza TEKA LAGU Siti Nurhaliza | Wajib Tonton

Video dibawah:

Rata rata masyarakat meninggalkan kata kata positif dan membina. Ada juga mengharapkan Siti Nurhaliza menghasilkan lagi klip klip sebegitu.

Antara komen komen orang ramai:

“Terhibur tengok gelagat Tokti. Legend kot. Walaupun dah ada beratus-ratus lagu pun masih boleh ingat tajuk dia…”

“Berapa usia Dato Siti sebenarnya ya? Dah 43 kan..? Masya Allah. Semakin awet muda nampak sekarang ni macam kembali masa Dato di usia 25 dulu. Pipi dah tak chubby lagi. Badan pun dah slim. Tahniah Dato. Makin manis & ceria nampaknya sekarang. Ketawa pun cute..”

“Untuk bagi lagi mencabar, saya cadangkan lagu hanya dimainkan selama 3/5 saat. Siti boleh minta lebih tapi hanya sebanyak tiga kali chance. Apa-apapun, video ni amazing”

Terdahulu, mengenai bisnes atau perniagaan yang dijalankan oleh Siti Nurhaliza, beliau ada juga berkongsi seakan akan ‘give up’.

“Suami banyak memberi kata semangat dan sokongan positif untuk saya teruskan perniagaan ini. Alhamdulillah sekarang berkat dorongan dan restunya itu, ia terus bertahan hingga hari ini.

“Terima kasih kepada suami dan keluarga termasuk dua ibu saya yang banyak mendoakan kejayaan ini. Selain restu suami, saya yakin doa ibu-ibu yang membawa saya berjaya hingga ke tahap sekarang,” katanya kepada HM

“Saya tak berapa ingat tahun bila, tapi ketika itu suami saya cedera akibat kemalangan motosikal dan perlukan penjagaan rapi sehingga pulih. Jadi, urusan perniagaan saya beri kepercayaan kepada pekerja dan dari situ kita tahu mana yang jujur serta sebaliknya.

“Apapun, dengan rezeki dan peluang berterusan yang Allah berikan untuk saya kembangkan perniagaan ini lagi tidak akan disia-siakan. Terima kasih juga pada semua pelanggan yang setia dan terus memberi sokongan mereka sehingga kini,” katanya kepada HM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: YT & HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *