Berita terkini

Kalau Dibiarkan Usahawan GiIerGIamor Terus ‘Propa’ Buat Muzik, Hancvr Masa Depan Industri – Azmeer

” Kalau dibiarkan, hancvr masa depan industri kita..”

Demikian kata-kata komposer Dr. Azmeer setelah melihatkan situasi dimana semakin ramai usahawan tempatan kini bergelar penyanyi untuk tujuan publisiti murahan.

Azmeer memberi peringatan tersebut agar individu terbabit tidak sewenangnya memperIekehkan industri muzik tanah air.

Menurut Azmeer, jika tidak memiliki bakat menyanyi, lebih baik lupakan sahaja hasrat untuk memeriahkan industri dengan produk yang tidak berkualiti.

Malah, Azmeer turut mencadangkan perkara itu perlu dipantau agar ianya tidak terus melarat.

” Biarlah orang yang betul-betul berbakat dan mempunyai usaha untuk menjadikan industri ini sebagai punca rezeki untuk ceburkan diri.

” Kalau buat single untuk tujuan mengkomersialkan nama atau produk perniagaan, nasihat saya, tolong berhenti,” katanya.

Kata Azmeer lagi, budaya usahawan bergelar penyanyi demi publisiti akan membvnuh dan menghancvrkan industri kalau dibiarkan terus berlarutan.

” Orang takkan pandang industri seni muzik sebagai satu pekerjaan yang serius. Kalau dibiarkan mereka (usahawan giIa glamor) terus ‘propa’ buat muzik atas nama publisiti, hancvr masa depan industri kita.

” Kalau mereka nak menyanyi, tiada masalah. Silakan tapi tolong jangan ada niat nak memperIekehkan bidang ini untuk tujuan publisiti murahan produk jualan mereka.

” Tolong hormat industri muzik kita,” ujarnya.

Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar bin Abu Bakar merupakan seorang komposer dan penulis lirik lagu yang terkenal di Malaysia.

Beliau banyak menghasilkan lagu dan lirik untuk penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Senario, Liza Hanim, Jeslina Hashim, Misha Omar dan ramai lagi.

Adakah berkait dengan single baru Iqbal?

Dalam pada itu, Azmeer tidak menyatakan secara khusus kepada siapa beliau maksudkan.

Namun secara kebetulan, semalam usahawan kntr0versi, Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan singel pertama beliau berjudul Hujan pada jam 5 petang semalam.

Malah, baru dua jam dilancarkan, muzik video lagu tersebut sudah mendapat sebanyak 34,000 jumlah tontonan dan hampir 7,000 tanda suka.

Paling mengejutkan adalah, hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata ntizen memuji suara merdu Iqbal dan tidak sangka usahawan itu mempunyai bakat dalam nyanyian.

Dalam pada itu, rata-rata ntizen suka dengan lagu berkenaan yang sedap didengar dan kagum dengan hasil karya komposer dan penulis lagu yang terlibat.

Tidak kurang juga, ada yang mendoakan agar lagu Iqbal itu menjadi trending nombor satu di laman YouTube.

Iqbal nyata hasrat masuk AJL

Menariknya juga apabila Iqbal turut menyatakan hasrat untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) satu hari nanti.

” Lagu Hujan adalah kisah benar tentang suka duka perjalanan hidupnya selama ini. Iqbal turut memasang angan-angan untuk beraksi di pentas AJL serta yakin boleh bersaing di pentas berprestij itu.

” 1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.

” Terima kasih pengarah video muzik Eric Fuzi sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya.

” Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah Achoi Floor88 dan Oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya.

” Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman. Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja.

” Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti.” tulis Iqbal.

Iqbal, pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang merupakan seorang graduan Penulisan Kreatif di ASWARA tiba-tiba menjadi tular di media sosial apabila menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Sejak itu kisah Iqbal sentiasa menjadi topik di media sosial termasuk kisah tak jadi kahwin sehinggalah melancarkan single berjudul Hujan.

Sumber:rotikaya dan IG Iqbal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *