Hiburan Sembang Retis

“Tidak akan rosakkan industri tanah air..”- Iqbal tak berbual kosong klau ada rezeki AJL apa salahnya

Bakal mengekuarkan single pertamanya iaitu HUJAN, Iqbal seperti tidak sabar untuk memperdengarkan suaranya itu kepada orang ramai.

Ujar Iqbal lagi, vokalnya mampu untuk bersaing di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi kive dan rakaman tak jauh beza pon.

“Tapi semestinya kena ada pesediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti.

“Saya sedar diri dan saya tidak la mahu berlagak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hormat orang lama dan akui saya masih belajar,” katanya.

Seperti yang sudah dimaklumkan, video muzik akan ditayangkan pada 1 November di Youtube Rusa Music pada waktu petang. Ianya hasil ciptaan Eriq Fuzi daripda kumpulan Floor 88.

Iqbal akui berdebar-debar menunggu reaksi orang ramai terhadap hasilnya nanti tetapi dia tetap berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini.

“Perasaan berdebar bercampur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya..risau jika ada cemuhan dan makian.

“Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya.

“Kadang-kadang pula saya rasa nak balas dendam, nak buktikan saya boleh buat yang terbaik dan bukan drama semata-mata,” katanya lagi.

Mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya, dia turut berharap pendengar memberi peluang untuknya menghiasi dunia seni dengan bakatnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *