Hiburan

“Senyum je dia… MasyaAllah…”- Yusuf Bahrin Respon mengenai pendirian Zizi Kirana.

Minggu lalu penyanyi Zizi Kirana terpalit dengan kontroversi melibatkan pelanggaran kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama.

Menerima pelbagai reaksi dari orang ramai kerana perubahan imej Zizi yang telah memakai hijab ketika penggambaran masih lagi berbaki 30 peratus.

Yusuf Bahrin, pelakon lelaki dan juga suami kepada Zizi Kirana ini amat kagum dengan cara isterinya berdepan dengan ujian dalam melaksanakan perintah Allah untuk menutup aurat.

Tidak terfikir untuk mencampuri urusan kerja isterinya yang didakwa melanggar kontrak dan banyak kerenah, dia sentiasa menyokong apa juga tindakan isterinya yang membawa kepada arah kebaikan.

“Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana bagi kemanisan dalam rumah tangga kami. Sebagai suami kepada Zizi saya reda dengan ujian yang Allah bagi dekat isteri saya.

“Saya sangat-sangat bersyukur sebab Zizi sangat kuat menghadapi segala ujian Allah ini.

“Saya akan support dia 100 peratur untuk terus istiqamah di jalan Allah. saya akan sentiasa ada di sisi dia walau apa pun ujian yang dihadapinya,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Minggu lalu, Datuk Rafiena selaku pengarah dan penerbit drama Jamu Nesan mendakwa Zizi gagal melangsaikan baki penggambaran kerana sudah berubah dengan imej bertudung.

Zizi juga menjelaskan akibat penagguhan penggambaran disebabkan PKP, jadualnya sudah terikat dengan aktiviti lain dan tidak mampu mencapai kata sepakat dengan produksi itu.

Mengulas lagi situasi isterinya itu, Yusof bersyukur Zizi tetap dengan pendirirannya untuk menjadi muslimah yang baik.

“Saya nampak dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi ujian. Sentiasa bersangka baik dan senang menolak perkara-perkara negatif ke tepi.

“Senyum je dia..MasyaAllah. Saya pun tak sekuat dia dalam menghadapi ujian. Allah itu sebaik-baik perangcang dan Maha mengetahui kerana jodohkan saya dengan zizi yang penyabar dan positif.

“Dia seorang yang tetap pendiriannya tambahan pula apabila berkenaan dengan isu agama,” katanya.

Yusof Bahrin dan Zizi Kirana sah mendirikan rumah tangga dengan sekali lafaz di Masjud Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu. Ramai tidak menyangkakan mereka mempunyai hubungan serius sebelum ini kerana masing-masing memilih untuk tidak menghebohkan perkara itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *