Hiburan

“Jangan nangis nanti ular patuk..”- Cara Fizz Fairuz tenangkan isterinya Almy sangat mencuit hati

Memuat naik video di sosial media untuk tatapan umum, pelakon Datuk Fizz Fairuz kelihatan sedang menenangkan isterinya yang sedang menangis.

Gagal menahan perasaan sedih, pelakon Datin Almy Nadia ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di laman Instagram.

Nenerusi video yang dimuatnaik Fizz, Almy ingin mencuba membeli kereta sorong bayi di laman Instagram kerana ingin menyokong para peniaga namun tidak menyangka akan ditipu. Kebiasaannya, isterinya itu membeli menerusi sebuah platform jualan terkenal.

“Tiba-tiba macam nak shopping dekat IG, nak support lah konon sebab I tengah explore IG,” kata Almy.

Sudah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, dianggarkan jumlah yang ditipu itu sebanyak RM570. Sempat juga Fizz menitipkan pesanan agar orang di luar sana lebih berhati-hati dengan ‘scammer’ di sosial media yang dilihat semakin berleluasa.

Tambahan lagi, turut berkongsikan akaun’scammer’ itu supaya pengikutnya tidak tertipu seperti isterinya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah cara Fizz menenangkan isterinya yang sedang bersedih tersebut.

“Jangan nangis-nangis okay nanti ular patuk,” katanya bergurau. Fizz memang terkenal dengan gelagatnya yang suka mengusik isterinya itu.

Rata-rata pengikutnya juga mengatakan perkara seperti itu sudah biasa mereka lalui dan turut mendoakan semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *