Hiburan

“Cantik Janna berbusana pengantin tradisional,”- Ini pula respon Janna..

Mengejutkan pengikutnya dengan tiba-tiba memuat naik gambar memakai busana pengantin tradisional di Instagram, Janna Nick kelihatan aggun berbaju tradisional itu.

Foto itu disertakan kapsyen 1.11.21 bersama emoji berbentuk cincin membuatkan ramai tertarik dan mengundang perhatian wargamaya.

Rata-rata diruangan komen mengucapkan tahniah dan menyangkakan selebriti sudah berkahwin.

Namun, aktres itu menerangkan foto tersebut diambil ketika menjayakan salah satu babak drama berjudul Shakira yang masih dalam penggambaran.

“Saya belum bernikah atau berkahwin. Foto itu hanya dalam salah satu babak drama yang sedang dalam penggambaran.

“Bukan saya sengaja nak beri bayangan atau teka-teki. Sekadar berkongsi foto tengah shooting sahaja,” ujarnya kepada sebuah portal.

Mengakui tidak berasa tertekan dengan pertanyaan ramai mengenai bila ingin menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya yang juga pelakon kacukan Dini Schatzman.

“InsyaAllah soal jodoh, kahwin ini, saya tetap akan kongsukan dengan semua apabila sudah tiba masanya nanti.

“Macam saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang perancangan ke arah itu belum lagi. Apa-apa pun, daoakan yang terbaik untuk kami.”

Dalam pada itu, ramai sesetengah pengikutnya sudah dapat mengagak foto itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

Umum mengetahui Janna Nick kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kelahiran Switzerland iaitu Dini Azan Szhatzman sejak Jun 2019. Mereka sering berkongsikan perkembangan di laman sosial media masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *