Hiburan

“Buang cincin dalam sungai..”- Penat buktikan saya worth it, Ismail Izzani jawab persoalan status nya..

Kisah percintaan antara penyanyi Ismail Izzani bersama kekasihnya yang juga penyanyi Shalma Eliana sudah diketahui umum sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, pengakhiran hubungan itu tidak seindah seperti yang disangka apabila terputus di tengah jalan.

Ismail atau mesra disapa Mael mengesahkan perkara itu. Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, Mael berkata dia dan Eliana sepakat untuk memilih jalan sendiri namun memilih untuk tetap berkawan.

Tidak memberitahu punca utama, Mael, 21, mengakui dia telah melakukan kesilapan dalam perhubungan mereka.

“Ya betul kami dah putus. Saya rasa kami dah pilih jalan sendiri. Saya pun banyak lagi nak explore dan experience..sama juga dengan Yana (panggilan Eliana). Kami masih berkawan.

“Saya boleh katakan I did my mistakes and mess-up. Bagi saya sekarang ini fokus pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang bagi good energy.” ujar anak kepada penyanyi veteran 1980-an, Datin Suliza Salam.

Pernah tular pada Disember tahun lalu, Mael telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian sebagai tanda janji ‘setia’. Ditanya sama ada cincin itu dipulangkan semula, Mael mendedahkan cincin itu sudah dibuang ke dalam sungai ketika mereka sama-sama pergi berkhemah bersama rakan-rakan lain.

“One thing that happened to ring. Kitorang pergi berkhemah dengan kawan-kawan, masa tengah mandi sungai saya cakap dekat dia, let’s throw this ring.”

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bidadari ini, mengakui masih menyayangi Eliana tetapi masih belum bersedia untuk kembali bersama.

“Saya masih menyayangi Yana, dia sangat bermakna dalam hidup saya. Dia banyak ajar saya, dia juga ubah diri ini untuk berdiri di posisi yang tidak pernah berada.

“Untuk sekarang saya rasa tak! Selagi saya tak bersedia, saya tak akan kembali dekat dia. Saya penat untuk buktikan yang saya worth it. Saya penat untuk buktikan I’m not a mistake. Saya penat dah sakitkan hati sesiapa. Insya-Allah bila saya dah sedia, saya akan sayang dia.” ujarnya.

Dalam pada itu, dalam temu bual itu, wartawan turut menemu bual Shalma Eliana dan Yana mengatakan mereka masih muda dan perjalanan mereka masih jauh. Masih banyak perkara yang mereka perlu pelajari. Apa yang terjadi antara mereka tidak merugikan apa-apa buat mereka.

Terdahulu, Ismail dan Eliana berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Ariana Rose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *