Resepi

Rekaan penuh nostalgia

Keindahan pemandangan gunung-ganang yang melatari kawasan perkampungan sekitar Rossiniere di Switzerland, sememangnya menggamit perhatian.

Terletak di daerah Tasik Geneva, kawasan itu menyajikan pemandangan padang rumput luas terbentang di lembah gunung.

Keunikan itu sememangnya menjadi igauan selain turut mempengaruhi idea ramai pelukis terkenal seluruh dunia.

Selain itu, Rossiniere juga terkenal dengan Vila Grand Chalet yang bukan sahaja tempat peninggalan budaya bersejarah malah menjadi kediaman terakhir pelukis tersohor, Balthus.

Keistimewaan Rossiniere turut menjadi ilham kepada pereka terkenal Perancis, Ines De La Fressange dalam menghasilkan koleksi terbaharu beliau sempena musim luruh atau sejuk kali ini.

Koleksi hasil kolaborasi bersama peruncit pakaian global, UNIQLO itu menampilkan 44 rekaan fesyen menarik untuk wanita. Untuk musim luruh/ sejuk kali ini, Ines sekali lagi menampilkan koleksi pakaian yang sarat dengan ciri – ciri gaya canggih dan santai.

Namun, pada masa sama, rekaan yang ditampilkan tetap bergaya.

Perkataan ‘selesa’ paling sesuai untuk menterjemahkan keseluruhan koleksi baharu ini.

Ia bukan sahaja menyerlahkan elemen nostalgia malah penuh kehangatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *