Resepi

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga.

Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang dimasukkan, tapi Che Nom tambah juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Dengan tambahan bahan-bahan tersebut, rasa daging akan lebih sedap dan wangi apabila digoreng nanti hasil daripada gabungan serbuk-serbuk rempah tersebut. Tapi jangan susah hati, kalau tak ada serbuk ketumbar dan jintan manis boleh sahaja abaikan dan cuma guna serbuk kunyit sahaja.

Bawang putih pula ditambah selepas kita goreng daging kerana nak pastikan bawang putih tidak hangus dan memberikan rasa pahit jika digoreng lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *